CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, September 8, 2010

Tetaplah Dengan Pendirian Anda

Tetaplah dengan prinsip dan pendirian kita kerana kita akan hina jika tanpa pendirian yang diperjuangkan. Ini kerana kita akan terikut-ikut dengan cara dan gaya orang lain sehingga nanti kita tidak menjadi diri kita sendiri atau bahasa yang mudah adalah kita telah mati dan hanya jasad yang hidup untuk melakonkan watak orang lain.
sebagai contoh, aku yang sedang menuntut ini kadang-kala tidak mampu mengeluarkan singa dalam diri ini kerana kurang kukuh atas pendirianku.
seruanku...segeralah berubah, segeralah merenung masa depan kita.....jika kita masih ragu-ragu dengan "apa itu hidup", nanti kita akan menjadi insan yang hina dalam kalangan kawan-kawan, dalam keluarga, dalam menguruskan sesuatu perkara dan lain-lain lagi yang anda sendiri tahu....
Tetapi perlu aku ingatkan bahawa pendirian dan prinsip juga akan menghinakan kita jika kita berpendirian dan berprinsip tidak berlandaskan agama Islam yang indah lagi suci.

Dari ku

DariKu:

  1. Manis sungguh penat dan letih kerana berjuang, tetapi jika hanya rilex tidak berbuat apa-apa akan membuat aku menjadi lesu dan malas.
  2. Semangat sebelum berjuang kadangkala-kala lebih kuat daripada semangat semasa berjuang, ini kerana kita mudah lelah oleh tugasan. oleh itu kuatlah kerana....telah ku nyatakan di(1)
  3. sekali lagi aku tegaskan bahawa hidup ini adalah perjuangan individu. kawan adalah musuh, sehingga kadangkala-kala abang kita sendiri adalah musuh kita.
  4. Jangan berbuat sesuatu kerana dipengaruhi oleh keadaan dan orang sekeliling, sebaliknya buatlah sesuatu sebagaimana prinsip dan diri anda..
anda boleh faham jika sesuaikan dengan situasi anda apa yang di atas ini......

Fikiran Yang Terlintas

Fikiran Yang Terlintas:
seseorang biasanya tidak akan boleh mengingati kematian kecuali apabila ia mahu menyendiri, menjauhkan diri dari manusia dan menjelajah dari kehidupan ini. Apabila ia mahu mencuba untuk melakukannya, maka ia boleh melakukan ber'khulwah'(menyendiri), merenungkan tentang nasib dirinya kelak dan selanjutnya ia bergegas mpersiapkan diri untuk kehidupan di alam sana... Tetapi apabila ia berkumpul dengan orang ramai,dia perlu duduk bercakap dengan mereka, pergi bersiar-siar, silaturrahim ke sana ke mari, maka bagaimana mungkin ia boleh berfikir dan merenungkan tentang kematian?. (kitab 'Demikianlah Masa Menceritakan Kepada Kita' karangan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni)

Wednesday, June 30, 2010

Di Antara Hikmah di Balik Terjadinya Musibah Adalah.

Di antara hikmah di balik terjadinya musibah adalah :

1. Untuk memunculkan bentuk ibadah berupa doa, yang sebelumnya tidak pernah nampak.

Seseorang berkata: ”Maha Suci Dzat yang telah memunculkan doa hambaNya dengan cara memberinya cubaan.” Dalam sebuah atsar disebutkan bahawa Allah memberikan cubaan kepada seorang hambaNya yang soleh, lalu Allah berfirman kepada para malaikatNya:”Tujuannya adalah agar Aku medengar suaranya.”Maksudnya, doa dan permohonannya.

2. Untuk meredakan nafsu manusia yang cenderung melampaui batas.

Allah berfirman: Ketahuilah! Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas.Ketika melihat dirinya merasa serba cukup. (Al-An’aam: 6-7)

3. Untuk membangkitkan kesedaran manusia untuk menyayangi dan mendoakan orang yang tertimpa musibah.

Sesungguhnya manusia mempunyai kecenderungan untuk bersimpati dan saling membantu ketika tertimpa musibah dan bencana.

4. Untuk menunjukkan adanya anugerah yang nilainya jauh lebih besar daripada musibah itu sendiri.

Kerana musibah yang menimpa seseorang jauh lebih kecil bila dibandingkan dengan besarnya nilai anugerah yang bakal diberikan kepadanya.Seseorang yang ditimpa musibah akan diberi ampunan atas dosa-dosanya dan kesalahannaya dan akan diberi pahala oleh Allah. Jika seorang hamba telah mengetahui bahawa semua hal yang telah disebutkan di atas adalah hikmah yang dapat dipetik dari adanya musibah, nescaya ia akan tenang, tenteram, tidak akan gelisah, dan tidak akan berputus asa tatkala mendapat musibah. ......sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar : 10)


Dipetik dari buku La Tahzan ,Jangan bersedih setelah kesulitan pasti ada kemudahan karangan Dr 'Ayidh bin Abdullah Al-Qarni dan diterjemah oleh Noraine Abu.

Thursday, June 24, 2010

Sunday, June 13, 2010

Jodoh kita Hak Allah S.W.T..

Janganlah anda mendahului sesuatu yang belum terjadi! Apakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak?? Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat diraba; belum berwujud, dan tidak memiliki rasa dan warna. Lalu, mengapa kita harus menyibukkan diri dengan hari esok, mencemaskan kesialan-kesialan yang mungkin akan terjadi padanya, memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpanya, meramalkan bencana-bencana yang bakal ada didalamnya? Bukankah kita juga tidak tahu apakah kita akan bertemu dengannya atau tidak, dan apakah hari esok kita itu akan berwujud kesenangan atau kesedihan.... JANGANLAH TERLALU GOPOH MENGEJAR CINTA MANUSIA TETAPI BERMATI-MATIAN LAH UNTUK MENGEJAR CINTA ALLAH S.W.T... kerana cinta manusia terutama sebelum berkahwin adalah tipu lagi melalaikan.... semoga akulah orang pertama untuk mengamalkan isi kandungan ini...... INSYAALLAH.....

Sabda Rasulullah S.A.W.;
"Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah. Jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah. Sedikitlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Al-Baihaqi)

"Tidak sampai hamba itu peringkat muttaqin sehingga dia meninggalkan yang tidak penting baginya, kerana memelihara apa yang penting baginya." (Riwayat Al-Tirmizi)


Pedihnya rindu kepada kepada mahkluk lantaran dia akan fana' atau sekurang-kurangnya dia akan mengecewakan kita, manisnya cinta kepada Allah S.W.T. kerana ia cinta yang hak lagi agung ibarat pokok yang membuahkan buahnya tak henti-henti....

Sunday, June 6, 2010

Friday, June 4, 2010

Tujuh golongan akan berada dibawah naungan Rahmat Allah S.W.T..

Dari Abu Hurairah r.a. mariwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: Tujuh golongan akan berada dibawah naungan Rahmat Allah S.W.T pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNYA. (Pertama) Raja yang adil, (kedua) pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan beribadat kepada Allah S.W.T. (ketiga) seorang lelaki yang hati sanubarinya sentiasa berpaut kepada masjid. (keempat) dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah S.W.T. (kelima) seorang lelaki yang diajak oleh wanita bangsawan dan cantik kepadanya namun dia berkata: aku takutkan Allah. (keenam) seorang lelaki yang membelanjakan hartanya secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya. Dan (ketujuh) seorang lelaki yang berzikir kepada Allah dengan bersunyi diri sehingga mengalirkan air mata. (HR Bukhari)

Sunday, May 30, 2010

Hati Tempat Jatuh Pandangan Tuhan

Di zaman Nabi Musa a.s. ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri.
Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa a.s. sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa a.s.
Katanya’ “ Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku.”

Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya itu. Dia berkata, “Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi.” Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid berlari-lari anak mengejar Nabi Musa a.s. dari belakang.
Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya, “Baik aku berjalan bersama di abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku.”

Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya, “Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku.”

Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa a.s.

Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, “ Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah.” Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.

Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.

Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.

Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasa bahawa Allah itu Tuhannya.


wassalam.....