CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, June 30, 2010

Di Antara Hikmah di Balik Terjadinya Musibah Adalah.

Di antara hikmah di balik terjadinya musibah adalah :

1. Untuk memunculkan bentuk ibadah berupa doa, yang sebelumnya tidak pernah nampak.

Seseorang berkata: ”Maha Suci Dzat yang telah memunculkan doa hambaNya dengan cara memberinya cubaan.” Dalam sebuah atsar disebutkan bahawa Allah memberikan cubaan kepada seorang hambaNya yang soleh, lalu Allah berfirman kepada para malaikatNya:”Tujuannya adalah agar Aku medengar suaranya.”Maksudnya, doa dan permohonannya.

2. Untuk meredakan nafsu manusia yang cenderung melampaui batas.

Allah berfirman: Ketahuilah! Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas.Ketika melihat dirinya merasa serba cukup. (Al-An’aam: 6-7)

3. Untuk membangkitkan kesedaran manusia untuk menyayangi dan mendoakan orang yang tertimpa musibah.

Sesungguhnya manusia mempunyai kecenderungan untuk bersimpati dan saling membantu ketika tertimpa musibah dan bencana.

4. Untuk menunjukkan adanya anugerah yang nilainya jauh lebih besar daripada musibah itu sendiri.

Kerana musibah yang menimpa seseorang jauh lebih kecil bila dibandingkan dengan besarnya nilai anugerah yang bakal diberikan kepadanya.Seseorang yang ditimpa musibah akan diberi ampunan atas dosa-dosanya dan kesalahannaya dan akan diberi pahala oleh Allah. Jika seorang hamba telah mengetahui bahawa semua hal yang telah disebutkan di atas adalah hikmah yang dapat dipetik dari adanya musibah, nescaya ia akan tenang, tenteram, tidak akan gelisah, dan tidak akan berputus asa tatkala mendapat musibah. ......sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar : 10)


Dipetik dari buku La Tahzan ,Jangan bersedih setelah kesulitan pasti ada kemudahan karangan Dr 'Ayidh bin Abdullah Al-Qarni dan diterjemah oleh Noraine Abu.

Thursday, June 24, 2010

Sunday, June 13, 2010

Jodoh kita Hak Allah S.W.T..

Janganlah anda mendahului sesuatu yang belum terjadi! Apakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak?? Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat diraba; belum berwujud, dan tidak memiliki rasa dan warna. Lalu, mengapa kita harus menyibukkan diri dengan hari esok, mencemaskan kesialan-kesialan yang mungkin akan terjadi padanya, memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpanya, meramalkan bencana-bencana yang bakal ada didalamnya? Bukankah kita juga tidak tahu apakah kita akan bertemu dengannya atau tidak, dan apakah hari esok kita itu akan berwujud kesenangan atau kesedihan.... JANGANLAH TERLALU GOPOH MENGEJAR CINTA MANUSIA TETAPI BERMATI-MATIAN LAH UNTUK MENGEJAR CINTA ALLAH S.W.T... kerana cinta manusia terutama sebelum berkahwin adalah tipu lagi melalaikan.... semoga akulah orang pertama untuk mengamalkan isi kandungan ini...... INSYAALLAH.....

Sabda Rasulullah S.A.W.;
"Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah. Jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah. Sedikitlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Al-Baihaqi)

"Tidak sampai hamba itu peringkat muttaqin sehingga dia meninggalkan yang tidak penting baginya, kerana memelihara apa yang penting baginya." (Riwayat Al-Tirmizi)


Pedihnya rindu kepada kepada mahkluk lantaran dia akan fana' atau sekurang-kurangnya dia akan mengecewakan kita, manisnya cinta kepada Allah S.W.T. kerana ia cinta yang hak lagi agung ibarat pokok yang membuahkan buahnya tak henti-henti....

Sunday, June 6, 2010

Friday, June 4, 2010

Tujuh golongan akan berada dibawah naungan Rahmat Allah S.W.T..

Dari Abu Hurairah r.a. mariwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda: Tujuh golongan akan berada dibawah naungan Rahmat Allah S.W.T pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNYA. (Pertama) Raja yang adil, (kedua) pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan beribadat kepada Allah S.W.T. (ketiga) seorang lelaki yang hati sanubarinya sentiasa berpaut kepada masjid. (keempat) dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah S.W.T. (kelima) seorang lelaki yang diajak oleh wanita bangsawan dan cantik kepadanya namun dia berkata: aku takutkan Allah. (keenam) seorang lelaki yang membelanjakan hartanya secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya. Dan (ketujuh) seorang lelaki yang berzikir kepada Allah dengan bersunyi diri sehingga mengalirkan air mata. (HR Bukhari)